7 Cara Mudah Berpantang Bersalin Caesarean

Bersalin secara pembedahan caesarean juga memerlukan penjagaan standard yang sama seperti bersalin secara normal. Namun begitu tetap ada sedikit perbezaan. Dari segi agama Islam, tempoh nifas dan darah yang keluar hukumnya sama je. Tak ada beza antara dua jenis bersalin ini. So, bab darah nifas dah senang.

Macam mana cara terbaik untuk berpantang lepas bersalin czer?


Bacaan selanjutnya: Penjagaan Parut Luka Czer [Sebelum Selepas Bersalin]

Pertama sekali, elakkan angkat barang berat termasuklah bayi/baby kita sendiri. Kalau menyusu badan pun, buat dalam keadaan mengiring. Ya, bersalin czer takde masalah nak baring mengiring. Malah sebenarnya lebih selesa kalau mengiring!

Kedua, bergerak. Aktifkan diri. Jangan takut nak bergerak sebab rasa sakit dan lain-lain. Rasa sakit tu kejap je masa mula-mula nak bangun memang sakit. Tapi lama kelamaan, kita ok je lepas dah bangun berjalan. Sebenarnya bersalin czer sangat penting aktifkan diri untuk elak masalah deep vein thrombosis (DVT) masalah darah beku dalam mana-mana urat (saluran darah vena) biasanya di betis.

Ketiga, boleh pakai bengkung. Cumanya diawal tempoh berpantang tu elakkan dari tutup sekali kawasan perut yang ada luka. Kira pakai bengkung separuh gitu. Sama juga untuk sapu-sapu minyak or herba kat perut tu, asalkan tak menjejaskan kawasan tempat pembedahan, inshaAllah okay. Boleh dapatkan nasihat doktor ye jika memerlukan.

Keempat, wajib ambil Vitamin C untuk proses sembuh luka dan elak masalah jangkitan kuman di kawasan tempat luka1. Beli Vitamin C yang bersesuaian. Ada juga sesetengah hospital yang sediakan bekalan vitamin. Selain tu boleh ambil makanan yang kaya vitamin c sebagai contoh buah oren. Cuma yela kan, larat tak larat je la sehari nak makan sampai 7 hingga 8 biji buah oren. Kuss semangat! Jadi jalan termudah ialah dapatkan Vitamin C.

Kelima, mandi macam biasa. Wajib ye mandi. Kena suka mandi waktu berpantang lepas bersalin. Jangan takut kena kawasan luka air tu. Ok je. Kalau tak mandi, kita akan tak selesa. Akhirnya beri kesan pada suami dan paling menyedihkan pada baby. Badan stress, lemah berpunca dari tak mandi atau kurang mandi. Kadang tu ada sesetengah doktor sebelum kita keluar hospital dia akan spray satu lapisan kat tempat luka kita dan berita baiknya lapisan tu kalis air! Oh ya, nak mandi dengan air bunga, air dedaunan sangatlah digalakkan. Sangat menyegarkan.

Keenam, lap luka czer kering. Lepas mandi, lap kawasan tempat bedah kita dan anginkan dengan kipas angin atau kipas je dengan tangan. Bukan lap kasar hentam keromo tau. Lap lembut, manja. Dab dab kan tuala atas dia terutama kalau kita ada lapisan perut yang menenggelami kawasan tu, angkat lemak perut tu dan lap.

Ketujuh, guna pakaian yang selesa terutamanya kain atau seluar longgar. Nak mudah, pakai je la kain batik! Atau kalau nak nampak cun melecun walaupun dalam pantang pakailah skirt yang longgar dan selesa. Complete sekali lengkap dengan stokin dan lain-lain.

Tengah mencari set bersalin yang sesuai untuk anda? Dapatkan di sini info/maklumat SET BERSALIN CAESAREAN (klik sini) terbaik buat anda

Rujukan:

1.Sarpooshi, Hamid & Haddadi, Mohammd & Siavoshi, Mohammad & Borghabani, Rohollah. (2017). Wound Healing with Vitamin C. Translational Biomedicine. 08. 10.21767/2172-0479.100139.

1 thought on “7 Cara Mudah Berpantang Bersalin Caesarean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *