Punca Rambut Gugur Lepas Bersalin

Keguguran rambut selepas melahirkan anak atau di sebut dalam terma rasmi sebagai postpartum alopecia ini ialah normal. 90% para wanita akan menghadapinya. Tempoh masa berlaku ialah bermula ketika anak berusia 4 bulan dan berakhir paling lewat masa anak umur setahun.

ESTROGEN MENINGKAT MASA MENGANDUNG

Fasa Anagen

Masa kita mengandung, hormon estrogen akan meningkat lebih dari biasa. Sebab tu bila mengandung kita akan mendapati rambut lebih lebat dan bersinar. Cantik! 

Di ketika ini, rambut kita sentiasa masuk dalam fasa pertumbuhan (walaupun sepatutnya dia tak perlu tumbuh lagi). Tapi oleh kerana ketidakseimbangan hormon estrogen, ia terus tumbuh. Mujurlah hasilnya rambut kita cantik and lebat.

KEMBALI NORMAL SELEPAS MELAHIRKAN ANAK (BERSALIN)

Fasa Telogen

Lepas je melahirkan anak, hormon estrogen kita akan kembali ke paras normal macam sebelum mengandung dulu. Ibaratnya waktu ni rambut kita ‘terkejut’!

“Aku dah syok tumbuh lebat tiba-tiba kena stop,” kalau rambut boleh bercakap macam ni la suara hati dia, hehe

Maka, lepas kita lahirkan anak proses pertumbuhan rambut akan terhenti. Kita masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa berehat. Rambut kita tak tumbuh lagi. Dia stop growing.

RAMBUT MULA GUGUR ANAK MASUK 4 BULAN

Fasa Exogen

Masa ni kita pun dengar Mak kita cakap, “Haa anak dah pandai main air liur dah, habis gugur rambut kau lepas ni..”

Masin mulut Mak, memang betul gugur rambut kita dengan jayanya. Sebenarnya, rambut yang gugur tadi ialah yang tumbuh lebat di awal waktu kita mengandung dulu tu. Tadi dia dah ‘berehat’ tak tumbuh kan. Oleh itu sekarang dia meluruhkan dan meggugurkan diri dia.

Ia memang proses normal dalam fasa kitaran pertumbuhan rambut. Cuma, bezanya bila lepas melahirkan anak ni keguguran rambut tu kadar banyak dia tak sama la macam masa kita anak dara.

Masa anak dara mungkin biasa lagi. Sekarang ni bukan main meriah bergumpal di sana sini. Naik segan dengan suami.

Punca sebenar keguguran rambut selepas melahirkan anak adalah kerana masalah ketidakseimbangan hormon dalam proses pertumbuhan rambut.

Walaubagaimanapun ianya bukanlah sesuatu yang perlu kita risaukan. Fenomena rambut gugur lepas bersalin ialah normal. Yang tidak normal hanyalah apabila kita masih alami masalah keguguran rambut selepas anak dah berumur setahun.

Boleh jadi terkait masalah kesihatan seperti thyroid dan anemia (kurang darah merah) atau masalah berkaitan kesihatan rambut itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *