Rambut Gugur Selepas Bersalin: Kenapa & Bagaimana Atasi?

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN: KENAPA & BAGAIMANA

Biasanya kita akan dengar orang-orang tua kata, “Habislah. Anak dah pandai sembur air liur, tak lama lagi rambut Emak nya gugur,” Sebenarnya ada betul kaitan antara anak kita pandai sembur atau main air liur dengan keguguran rambut.

Keguguran rambut selepas bersalin ialah normal. Ia memberi kesan sekurang-kurangnya kepada 90% wanita. Selalunya berlaku ketika usia anak mencecah 4 bulan. Waktu 4 bulan la anak kita dah pandai untuk mula bermain dengan air liur dan sembur! Jadi relevan dengan penyataan orang-orang tua seperti di perenggan pengenalan kat atas. Kali ini kita nak tahu penjelasan secara ilmiah dan lebih lengkap.

PUNCA RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN

masalah rambut gugur lepas bersalin

Rambut, ada fasa pertumbuhan dan juga keguguran yang tersendiri. Fasa pertama bermula dengan fasa pertumbuhan rambut (anagen). Fasa ini akan menentukan panjang rambut kita. 

Seterusnya ialah proses transisi, fasa yang di panggil catagen. Selepas itu ialah fasa rehat, di mana pertumbuhan rambut tidak lagi berlaku dengan laju dan cepat iaitu fasa telogen.

Akhir sekali, adalah fasa di mana rambut mulai luruh dan gugur iatu fasa exogen

“Semua rambut ada fasa pertumbuhan yang di panggil anagen, dan fasa rehat, telogen. Di atas kulit kepala, anagen akan bertahan sekitar 3 tahun, manakala telogen sekitar 3 bulan, dan waktu-waktu ini berbeza mengikut individu. Semasa telogen, rambut akan kekal di folikel, sampailah masa bila dia akan di paksa keluar (gugur) sebelum digantikan oleh rambut anagen yang baru,” –Telogen EffluviumElizabeth CW Hughes, MD

Waktu mengandung, hormon estrogen berada di paras yang tinggi lebih dari biasa. Perkara ini menyebabkan, rambut akan tumbuh dan masuk ke dalam fasa anagen LEBIH DARI BIASA. Sebab tu la masa mengandung kita akan mendapati rambut lebih bersinar dan tebal dari biasa.

Kemudian, selepas melahirkan anak, paras estrogen akan kembali seperti biasa. Secara mudahnya nak faham, rambut kita yang tadi masuk dalam fasa pertumbuhan secara drastik sampai rambut lebat, sampai lepas je melahirkan anak.. ‘rambut terkejut’! Secara tiba-tiba rambut kita masuk ke fasa rehat (telogen). 4 bulan kemudian rambut pun mulai gugur.

NORMAL KE RAMBUT GUGUR LEPAS MELAHIRKAN ANAK?

Ya, normal rambut gugur selepas bersalin. Majoriti wanita akan mengalami keguguran rambut lepas melahirkan anak. Tempoh masa mula gugur rambut, masa anak start 4 bulan dan ke atas. Biasanya akan selesai sendiri lepas anak berusia 6 bulan. Ada juga yang lepas anak umur setahun baru habis masalah gugur rambut. Menjadi masalah sekiranya tempoh rambut gugur itu, LEBIH DARI SETAHUN. 

APA KESAN JIKA RAMBUT MASIH GUGUR LEPAS ANAK SETAHUN?

Pada had normal, masalah keguguran rambut yang juga di panggil sebagai effluvium dalam terma medikal ini ialah bermula sewaktu anak berusia 4 bulan dan berakhir ketika anak masuk 6 bulan atau hingga usia setahun. 

Adalah menjadi suatu masalah andai ia berterusan selepas setahun kerana dikhuatiri ada kaitan dengan penyakit. Semasa kita mengandung, level ferritin (sejenis darah protein yang menyimpan zat besi; iron) akan berubah. Kesannya, ia boleh menyumbang kepada masalah kekurangan darah (anemia) atau ketidakseimbangan hormon thyroid

Oleh itu, segeralah bertemu dengan doktor jika masih mengalami rambut gugur selepas setahun. Namun begitu, setelah keputusan darah keluar dan menunjukkan hasil yang baik; bebas dari masalah kesihatan, rujuk ke ahli dermatologi atau ahli trikologi.

CARA MENGATASI DARI TERJADI RAMBUT GUGUR

Tidak ada cara untuk elak dari berlaku keguguran rambut selepas bersalin. Tetapi, kita boleh untuk minimumkan kesan rambut gugur daripada jadi lebih teruk. Tips terbaik bagi membantu mengatasi masalah rambut gugur jadi sedikit kurang ialah:

DIET SEIMBANG

Ambil makanan yang seimbang setiap hari lengkap dengan karbohidrat, protein, serta vitamin mineral. Terutama sekali jika kita menyusukan anak (breastfeeding). Lebihkan protein dalam diet harian. 

AMBIL VITAMIN & SUPLIMEN TAMBAHAN

Antara vitamin yang dapat untuk membantu mengurangkan rambut gugur ialah:

  • Vitamin B-Complex
  • Vitamin B7
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc
  • Protein
  • Minyak Ikan (Omega-3)
TUKAR GAYA RAMBUT

Selalu rambut gugur lebih teruk kepada mereka yang berambut panjang. Oleh itu, dicadangkan boleh tukar gaya rambut kepada yang sedikit pendek dan lebih mudah untuk diuruskan. Serta elak dari menggunakan pewarna rambut berlebihan dan rawatan rambut yang berat.

ELAK STRESS

Menjaga anak bukanlah perkara yang mudah tambahan pula untuk yang menyusu badan. Ia boleh mengakibatkan tekanan kerana letih. Walaubagaimanapun, cuba untuk mengambil masa jaga diri sendiri seperti bersenam dan lakukan aktiviti kegemaran untuk mengelakkan stress. Dapatkan sokongan pasangan. Stress rendah boleh mengurangkan risiko rambut gugur teruk.

UBAH RUTIN PENJAGAAN RAMBUT

Gunakan syampu dan perapi rambut (conditioner) yang sesuai. 

KEMBALI SEMULAJADI

Campurkan minyak peppermint ke dalam syampu atau urut rambut dengan minyak almond.

ADAKAH RAMBUT GUGUR JADI LEBIH TERUK UNTUK ANAK SETERUSNYA?

Tidak. Jangan risau. Ia merupakan fasa normal yang akan dilalui semua Ibu selepas melahirkan anak. Teruk atau tidak bukan bergantung kepada berapa ramai anak kita lahirkan tetapi ia bergantung kepada faktor lain seperti genetik, ketidakseimbangan hormon dan lain-lain. Namun begitu, kita boleh kurangkan masalah ini dengan mengikut tips seperti di atas. 

TONTON VIDEO INI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *